Saturday, May 24, 2008

Sindrom Penafian & Periuk Nasi

Salam semua,
Ini merupakan posting yang ke 3 setelah lama blog ini tidak dikemaskini. Sungguhpun begitu, banyak yang telah berlaku dalam tempoh 2 bulan ni.

2. Tun Dr. Mahathir telah keluar dari Umno. Namun masih ramai yang tertanya- tanya kenapa Tun berbuat demikian. Adakah mereka ini malas membuat ulangkaji dan juga mencari jawapan? Tak bolehkah cuba gunakan akal untuk mencari sebab musabab selain dari bertanya kenapa dan mengapa?

3. Ketika Tun membuat pengumuman itu di Star City Alor Star, saya juga ada menghadiri forum tersebut, dan dari pemerhatian saya, begitu ramai hadirin di sana. Setelah Tun membuat pengumuman tersebut, intipati ucapannya telah diperjelaskan kenapa dan mengapa, tapi masih ramai yang tidak faham dan keliru. Mengapa jadi begitu?

4. Intipati tun begitu mudah. Beliau mahu orang menjadi lebih berani dan tidak gentar untuk membuat tindakan. Sekiranya kita mahukan sesuatu, kita perlulah berusaha ke arah itu. Sekiranya kita mahu kepimpinan Pak Lah bertukar, kita juga mesti berani berusaha ke arah itu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

5. Malangnya, menteri-menteri kita mudah lupa. Dan juga mereka malas membaca. Demikian juga, mereka diselubungi sindrom penafian tahap melampau dan juga sindrom ketakutan hilang jawatan. Adakah mereka bodoh sombong? Tidak sama sekali, mereka adalah orang politik yang mementingkan kesinambungan jawatan dan harta, mereka tidak bodoh, tetapi mereka pandai berlagak bodoh. Apa yang penting bukanlah untuk bangsa dan negara, tetapi adalah untuk poket, periuk nasi dan juga punggung sendiri.

6. Oleh itu, bersama-samalah kita menjadi berani. Berani kerana benar, bukan?

Strata Buono!

1 Comments:

Blogger Mohd Nadzri Kamsin said...

Mesej Tun adalah mudah. Pak Lah perlu letak jawatan.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

May 26, 2008 at 11:35 p.m.  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home