Thursday, May 29, 2008

Ezam masuk Umno? Munafik...

Cerita terhangat hari terdahulu. Ezam masuk Umno. Apa yang menarik tentang manusia ni sehingga diberi liputan berita dan media? Apa keistimewaan dia?

2. Tiada yang istimewa tentang manusia yang bernama Ezam ni. Untuk generasi baru yang baru berjinak-jinak dalam politik, dialah orang yang mensensasikan berkotak-kotak bukti salah laku menteri-menteri ketika dia keluar dari Umno untuk mengagungkan Anwar. Kononnya bersihle dia tu.

3. Pada pendapat saya, Pak Lah dan Ezam bersekongkol untuk mengukuhkan kedudukan Pak Lah tanpa pelan peralihan kuasa yang diwar-warkan sebelum ini oleh Pak Lah sendiri. Sudah terserlah yang Pak Lah adalah manusia munafik. Sifat munafik ni diserlahkan oleh Pak Lah sendiri.

4. Sama je Ezam dengan Pak Lah,dua-dua pun munafik. Sekalile dengan si Anwar tu jugak. Sekiranya anda semua terserempak dengan Ezam, tanyalah dia mana kotak-kotak bukti yang disebut dahulu? Adakah sudah hilang dimakan anai-anai?

5. Pemimpin Pakatan Rakyat seakan tidak berkata apa-apa atas perkara terbaru ini. Ini kerana Ezam akan menjadi musuh dalam selimut dalam Umno itu sendiri. Kenapa hendak mengkritik ejen yang terlatih ini?

6. Pakatan Rakyat pula seakan sudah mendabik dada, kerana mereka fikir mereka sudah mendapat sokongan rakyat. Kononnya merekalah pembela rakyat. Kekuatan mereka sebenarnya adalah kelemahan Umno yang dipimpin oleh Pak Lah sendiri.

7. Sekiranya Ezam benar-benar sudah insaf, dia boleh menghantar borang melalui saluran biasa tanpa media, dan jadilah ahli biasa tanpa gah dan juga promosi. Tindakannya mengkritik ISA membuktikan dia tidak insaf bahkan dia tidak ikhlas dalam perjuangannya.

8. Tindakannya hanyalah untuk mengukuhkan kedudukan Pak Lah yang ibarat telur di hujung tanduk, menjaga periuk nasi Khairy dan juga memastikan Anwar menjadi PM Malaysia melalui Umno. Sekiranya anda tidak percaya, kenapa Anwar bukan ahli PKR tetapi hanyalah penasihat? 2 x 5 je Anwar, Pak Lah dan Ezam. Mereka tahu, tanpa Tun Dr. Mahathir, mudahlah impian mereka untuk berkuasa.

9. Ingatlah, perjuangan mereka hanyalah untuk diri sendiri, bukan demi agama, bangsa dan negara!

Strata Buono!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home