Monday, June 9, 2008

Harga Minyak Naik, PM & Menteri Bodoh

1. PM kita kata, walaupun harga minyak naik, namun, harganya masih terendah di rantau ini. Beliau membandingkan tentang negara lain, contohnya rakyat US yang membayar dalam RM3.50 seliter, atau rakyat Singapura yang membayar RM5.30 seliter.

2. Menteri-menteri yang jenis jilat punggung tu pun samalah mengiayakan tentang fakta tu. Betullah, fakta tu tak salah, tetapi ada fakta lain yang tak pernah dikemukakan kepada rakyat

3. Memang betul, RM2.70 seliter masih murah jika dibandingkan sebegitu. Sekiranya kita pergi ke Korea Selatan, rakyat Korea membayar lebih kurang RM7.50 seliter untuk petrol.

4. Namun, perbandingan sebegitu ibarat membandingkan antara rasa epal dengan rasa limau. Adakah patut dibandingkan rasa buah epal dengan buah limau? Tentulah tidak. Kalau nak buat perbandingan macam tu, bandingkanlah sekali dengan jumlah gaji yang rakyat terima dengan jumlah gaji negara-negara tersebut.

5. Sebagai contoh, seorang yang baru keluar Universiti, jika di US, gaji permulaan yang diterima adalah dalam lingkungan US$2000, dan beliau membelanjakan US$0.85 untuk seliter minyak (kita menggunakan US$ dan bukan RM di sana). Begitu juga di Korea, rata-rata gaji permulaan siswazah dalam lingkungan US$3000 dan mereka membelanjakan US$2.34 untuk seliter minyak. Di Singapura, S$2500 untuk siswazah dan belanja untuk petrol S$2.60 seliter.

6. Di Malaysia, rata-rata siwazah mendapat RM2000 untuk permulaan dan mereka membayar RM2.70 seliter untuk minyak. Jadi, adakah minyak subsidi yang diberikan tu masih termurah? Masih terdapat siswazah yang mendapat hanya RM1500 untuk permulaan untuk pengetahuan pak-pak menteri semua.

7. Wahai menteri-menteri dan Pak Bedol, berhentilah menipu rakyat. Mengaku sajalah yang kamu semua bodoh tak pandai nak mentadbir negara dan melaksanakan pembangunan ekonomi dengan baik. Cukuplah dengan sindrom penafian kamu semua.

8. Kita semua masih celik. Kami semua pun educated, bahkan lebih educated dari Pak Bedol + Khairy + Shahrir + Nazri semua!

Strata Buono!

2 Comments:

Blogger Sutera Timur said...

Ginilah ...kalau dah tak tahu memerintah tunggu apa lagi.Biarlah orang yang bijak saja melaksanakannya supaya politik dan ekonomi negara tidak terus tercalar dan rakyat terus menderita dgn beban yg tidak habis-habis.Apakah di Malaysia dah tidak ada org bijakpandai yg boleh diharapkan selain AAB dan menteri-menteri yg sebhgiannya seperti berada dlm satu pakej pemerintahan Pak kaduk yg kononnya ayam sabungnya meng tetapi sebenarnya semuanya sudah hilg dan bakal tergadai akhirnya.

June 10, 2008 at 10:39 a.m.  
Anonymous Anonymous said...

betul tu, setuju 100%. Sampai bila la mereka nak menjahanamkan ekonomi malaysia ni..

http://uthma.blogspot.com

July 21, 2008 at 9:55 a.m.  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home