Monday, April 13, 2009

Post Pak Lah Era

It has been almost a year since my last post here. The arrival of this blog was due to my dissatisfaction over Pak Lah's lame administration. Alhamdulillah, he has retired and the new era shall begin. I have not had the time to write due to my lack of time. However, the objective of this blog coupled with my effort outside to make Pak Lah relinquish his post has been rewarded. How the new administration to steer this country shall be seen. I hope the dynamic leadership as it was under Tun Mahathir before will be continued.

Nonetheless, there should be less politicking from now on. On the subject of what to write, I will try to write about the issues that should benefit the people of Malaysia. I am still learning the art of writing concisely and clearly, and the skill is hard to master. I hope my writing will inspire the people out there and the readers are welcome to give opinions minus the bad language and harassment.
Baca Selanjutnya!

Thursday, June 19, 2008

Petronas dan subsidi

Baru-baru ini saya ada melayar di forum.mykmu.net. Terbaca tentang isu boikot petronas oleh orang ramai. Ramai yang tak faham rupanya. Walaubagaimanapun, di sini saya lampirkan jawapan dari pekerja petronas sendiri.

From: Rosti B Saruwono - Datuk Dr (VP_Edu/PETH)
Sent: Thursday, 12 June, 2008 15:40
To: hasan syed; Dr Mariyamni Bt Awang (ACADEMIC/UTP)
Cc: Johari Haji Surin; Ainan Marzuki Abdul Malek; Ambok Chening Meri; Dato’ Dr Sheikh Omar; Dr Amir Farid Isahak; Dr Hashim Mohd Tahir; Dr Hussin Z. A.; Dr Mohd Mahir; Fadzlullah Yahya; Ir Azman Omar; Masari Alision
Subject: RE: The Hardest Thing To Say To Someone

Do what you like.

The price of gasoline at the petrol station is set by the Government, not PETRONAS.

PETRONAS has done its patriotic duty by paying the dividends, royalties, corporate tax, petroleum tax etc to the Government for YOUR benefit (rakyat lah).

And bear in mind that 30% of its revenue comes from overseas operations, thus bringing in foreign exchange to the country.

OK. Assuming that you buy this idea proposed by whoever it was.

So PETRONAS will have reduced revenues. Bear in mind that the costs of operations are also increasing. So the profits are reduced. Then PETRONAS and other oil companies pay less taxes.

Then the Government will have less revenue. (Note: at least 40% of Government revenue for 2007 came from the oil industry). With less revenue, there will be less Government projects (you can then forget about bridges and highways, and rail tracks, and smart schools and not-so-smart universities, and hospitals, etc). So contractors and consultants, and con-sultans and con-cronies will cry and scream. Makan batu lah..

The Government has already announced freezing of recruitment. So, many new graduates will be unemployed. Makan batu lagi. Maggi mee pun tak mampu dah.

Later, all sorts of allowances for civil servants will have to be withdrawn. Treasury tak cukup duit.

On top of that the oil industry may have to scale back many of its new investments, totaling about 45 billion ringgit over the next few years. Contractors, service providers, steel fabricators, maritime service providers etc will join the ratapan tangisan – no jobs.

Don’t forget that PETRONAS is sponsoring thousands of students in universities and even high schools – at any one time there are more than 4,500 university students being sponsored by PETRONAS in Malaysian universities and overseas. Also more than 2,000 high school children receive minor scholarships – children of poor families.

Kalau PERTRONAS tak ada duit, kesian lah mereka di atas tu. Shall I ask them to see the proposer of this idea (to boycott PETRONAS) and seek help from them instead?

So, it is to YOUR benefit that you make sure PETRONAS keeps making enough money to support YOUR Government so that your children can continue to go to school without paying for fees and books, and to go to universities at peanuts rates.

CONCLUSION:

Help yourself and your family and your country by making sure that PETRONAS keeps making profits. Go to the nearest PETRONAS station and fill up now!!

Don’t forget that if you go to non-Petronas station, the profits that these companies get will go their shareholders OVERSEAS.

So, be patriotic. Do your duty. Go to PETRONAS!!

(I hope you guys will help to send this response to as many contacts as possible to counter this subversive proposal).
Baca Selanjutnya!

Sunday, June 15, 2008

Pak Lah Main Bola & Euro 2008

1. Sekarang ni adalah makan bola, tidur bola, minum bola dan segala-galanya bola. Ini kerana kesan dari Euro 2008 yang sedang hangat berlangsung.

2. Teringat pula temuramah Pak Lah satu ketika dulu, yang Pak Lah mengandaikan yang dia baru warm-up 10 min dekat padang bola. Jadi, waktu sekarang bolehlah diandaikan yang dia dah main dalam 20 min kat tengah padang.

3. Tapi, rasanya kalau jurulatih yang lain tengok prestasi Pak Bedol macam ni, rasanya dia dah kena humban keluar dan digantikan dengan pemain lain dah. Maksudnya, analogi Pak Bedol tu backfire kat diri dia sendiri. Hehe, bodohkan Pak Lah?

4. Begitu juga dengan pengumuman Pak Lah tentang pemotongan 10% gaji dan elaun menteri, serta elaun-elaun yang lain yang berupaya menjimatkan RM2Bilion setahun. RM2Bilion adalah bersamaan dengan RM 2 Ribu Juta. Tak habis-habis menipu orang si Bedol ni. Dahla teks tu disediakan orang lain, memang boleh lihat gaya dia yang membaca teks tanpa memahami isi dan kandungan teks. Pak Bedol membodohkan diri sendiri, diperbodohkan oleh budak Tingkat 4 dan akhirnya cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.

5. Itulah kerja budak-budak Tingkat 4 yang merasakan diri mereka pandai. Itulah jadinya bila kerja yang dibuat tak disertai dengan keikhlasan dan keimanan. Apa yang penting adalah menyelamatkan periuk nasi dan punggung sendiri.

6. Kita lihatlah lagi kemudian apa lagi permainan yang cuba disuap pada rakyat Malaysia untuk memperbodohkan kita.

Baca Selanjutnya!

Monday, June 9, 2008

Harga Minyak Naik, PM & Menteri Bodoh

1. PM kita kata, walaupun harga minyak naik, namun, harganya masih terendah di rantau ini. Beliau membandingkan tentang negara lain, contohnya rakyat US yang membayar dalam RM3.50 seliter, atau rakyat Singapura yang membayar RM5.30 seliter.

2. Menteri-menteri yang jenis jilat punggung tu pun samalah mengiayakan tentang fakta tu. Betullah, fakta tu tak salah, tetapi ada fakta lain yang tak pernah dikemukakan kepada rakyat

3. Memang betul, RM2.70 seliter masih murah jika dibandingkan sebegitu. Sekiranya kita pergi ke Korea Selatan, rakyat Korea membayar lebih kurang RM7.50 seliter untuk petrol.

4. Namun, perbandingan sebegitu ibarat membandingkan antara rasa epal dengan rasa limau. Adakah patut dibandingkan rasa buah epal dengan buah limau? Tentulah tidak. Kalau nak buat perbandingan macam tu, bandingkanlah sekali dengan jumlah gaji yang rakyat terima dengan jumlah gaji negara-negara tersebut.

5. Sebagai contoh, seorang yang baru keluar Universiti, jika di US, gaji permulaan yang diterima adalah dalam lingkungan US$2000, dan beliau membelanjakan US$0.85 untuk seliter minyak (kita menggunakan US$ dan bukan RM di sana). Begitu juga di Korea, rata-rata gaji permulaan siswazah dalam lingkungan US$3000 dan mereka membelanjakan US$2.34 untuk seliter minyak. Di Singapura, S$2500 untuk siswazah dan belanja untuk petrol S$2.60 seliter.

6. Di Malaysia, rata-rata siwazah mendapat RM2000 untuk permulaan dan mereka membayar RM2.70 seliter untuk minyak. Jadi, adakah minyak subsidi yang diberikan tu masih termurah? Masih terdapat siswazah yang mendapat hanya RM1500 untuk permulaan untuk pengetahuan pak-pak menteri semua.

7. Wahai menteri-menteri dan Pak Bedol, berhentilah menipu rakyat. Mengaku sajalah yang kamu semua bodoh tak pandai nak mentadbir negara dan melaksanakan pembangunan ekonomi dengan baik. Cukuplah dengan sindrom penafian kamu semua.

8. Kita semua masih celik. Kami semua pun educated, bahkan lebih educated dari Pak Bedol + Khairy + Shahrir + Nazri semua!

Strata Buono!
Baca Selanjutnya!

Thursday, May 29, 2008

Ezam masuk Umno? Munafik...

Cerita terhangat hari terdahulu. Ezam masuk Umno. Apa yang menarik tentang manusia ni sehingga diberi liputan berita dan media? Apa keistimewaan dia?

2. Tiada yang istimewa tentang manusia yang bernama Ezam ni. Untuk generasi baru yang baru berjinak-jinak dalam politik, dialah orang yang mensensasikan berkotak-kotak bukti salah laku menteri-menteri ketika dia keluar dari Umno untuk mengagungkan Anwar. Kononnya bersihle dia tu.

3. Pada pendapat saya, Pak Lah dan Ezam bersekongkol untuk mengukuhkan kedudukan Pak Lah tanpa pelan peralihan kuasa yang diwar-warkan sebelum ini oleh Pak Lah sendiri. Sudah terserlah yang Pak Lah adalah manusia munafik. Sifat munafik ni diserlahkan oleh Pak Lah sendiri.

4. Sama je Ezam dengan Pak Lah,dua-dua pun munafik. Sekalile dengan si Anwar tu jugak. Sekiranya anda semua terserempak dengan Ezam, tanyalah dia mana kotak-kotak bukti yang disebut dahulu? Adakah sudah hilang dimakan anai-anai?

5. Pemimpin Pakatan Rakyat seakan tidak berkata apa-apa atas perkara terbaru ini. Ini kerana Ezam akan menjadi musuh dalam selimut dalam Umno itu sendiri. Kenapa hendak mengkritik ejen yang terlatih ini?

6. Pakatan Rakyat pula seakan sudah mendabik dada, kerana mereka fikir mereka sudah mendapat sokongan rakyat. Kononnya merekalah pembela rakyat. Kekuatan mereka sebenarnya adalah kelemahan Umno yang dipimpin oleh Pak Lah sendiri.

7. Sekiranya Ezam benar-benar sudah insaf, dia boleh menghantar borang melalui saluran biasa tanpa media, dan jadilah ahli biasa tanpa gah dan juga promosi. Tindakannya mengkritik ISA membuktikan dia tidak insaf bahkan dia tidak ikhlas dalam perjuangannya.

8. Tindakannya hanyalah untuk mengukuhkan kedudukan Pak Lah yang ibarat telur di hujung tanduk, menjaga periuk nasi Khairy dan juga memastikan Anwar menjadi PM Malaysia melalui Umno. Sekiranya anda tidak percaya, kenapa Anwar bukan ahli PKR tetapi hanyalah penasihat? 2 x 5 je Anwar, Pak Lah dan Ezam. Mereka tahu, tanpa Tun Dr. Mahathir, mudahlah impian mereka untuk berkuasa.

9. Ingatlah, perjuangan mereka hanyalah untuk diri sendiri, bukan demi agama, bangsa dan negara!

Strata Buono!
Baca Selanjutnya!

Saturday, May 24, 2008

Sindrom Penafian & Periuk Nasi

Salam semua,
Ini merupakan posting yang ke 3 setelah lama blog ini tidak dikemaskini. Sungguhpun begitu, banyak yang telah berlaku dalam tempoh 2 bulan ni.

2. Tun Dr. Mahathir telah keluar dari Umno. Namun masih ramai yang tertanya- tanya kenapa Tun berbuat demikian. Adakah mereka ini malas membuat ulangkaji dan juga mencari jawapan? Tak bolehkah cuba gunakan akal untuk mencari sebab musabab selain dari bertanya kenapa dan mengapa?

3. Ketika Tun membuat pengumuman itu di Star City Alor Star, saya juga ada menghadiri forum tersebut, dan dari pemerhatian saya, begitu ramai hadirin di sana. Setelah Tun membuat pengumuman tersebut, intipati ucapannya telah diperjelaskan kenapa dan mengapa, tapi masih ramai yang tidak faham dan keliru. Mengapa jadi begitu?

4. Intipati tun begitu mudah. Beliau mahu orang menjadi lebih berani dan tidak gentar untuk membuat tindakan. Sekiranya kita mahukan sesuatu, kita perlulah berusaha ke arah itu. Sekiranya kita mahu kepimpinan Pak Lah bertukar, kita juga mesti berani berusaha ke arah itu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

5. Malangnya, menteri-menteri kita mudah lupa. Dan juga mereka malas membaca. Demikian juga, mereka diselubungi sindrom penafian tahap melampau dan juga sindrom ketakutan hilang jawatan. Adakah mereka bodoh sombong? Tidak sama sekali, mereka adalah orang politik yang mementingkan kesinambungan jawatan dan harta, mereka tidak bodoh, tetapi mereka pandai berlagak bodoh. Apa yang penting bukanlah untuk bangsa dan negara, tetapi adalah untuk poket, periuk nasi dan juga punggung sendiri.

6. Oleh itu, bersama-samalah kita menjadi berani. Berani kerana benar, bukan?

Strata Buono!
Baca Selanjutnya!

Tuesday, March 11, 2008

Pak Lah tak malu, angkuh, bebal, gila kuasa & segala maki hamun

Pilihanraya baru sahaja berlalu pada 8hb Mac 2008, dan ini merupakan posting saya yang kedua. Meluap-luap rasa marah bila terlihat di dada akhbar tentang pak bodolah yang tak tau malu, angkuh, bebal, gila kuasa dan segala maki hamun yang terdapat dalam kamus.


Wei pak bodolah, tak reti-reti lagike mesej yang kita semua telah sampaikan? Dah terang lagi bersuluh yang rakyat Malaysia semua memang dah takmau pak bodolah jadi pemimpin Malaysia, ingat ko tu popular sangatke? Pegi bungkusle ko punya koridor-koridor yang entah apa jadah tu. Ingat ko sorang pandai sangatke? Rakyat Malaysia yang lain pun semua berpendidikan tau tak? Itulah hasil usaha Tun Mahathir yang telah membuat rakyat Malaysia yang lain celik mata. Ingat kita semua ni duduk tahun 50an ke?

Yang jadi kaki bodek ni pun satu. Korang ingat dengan membodek pak bodolah tu korang boleh menyelamatkan negarake? Korang akan menghancurkan lagi masa depan tau tak? Menteri-menteri yang bodoh, takde telur. Wei, jadilah lelaki yang sejati, tunjukkan rasa tak percaya dan minta pak bodolah tu turun dengan cara yang terhormat, jangan sampai satu masa nanti ada orang lastik kepala pak bodolah tu dengan batu, dengan korang punya kepala nanti pun kena.

Pilihanraya yang berlangsung baru-baru ni bukan menunjukkan pembangkang tu kuat, tapi lebih kepada rasa protes kepada kepimpinan dolah altidor yang lembab. All of you know it deep in your heart.

Enough of my ramblings for tonight. Kepada pak bodolah, aku doakan kepada Allah agar kau jatuh dengan cara terhina bersama-sama dengan menantu ko yang angkuh tu. Ya Allah, selamatkanlah negaraku, bangsaku dari kehancuran.
Baca Selanjutnya!