Sunday, June 15, 2008

Pak Lah Main Bola & Euro 2008

1. Sekarang ni adalah makan bola, tidur bola, minum bola dan segala-galanya bola. Ini kerana kesan dari Euro 2008 yang sedang hangat berlangsung.

2. Teringat pula temuramah Pak Lah satu ketika dulu, yang Pak Lah mengandaikan yang dia baru warm-up 10 min dekat padang bola. Jadi, waktu sekarang bolehlah diandaikan yang dia dah main dalam 20 min kat tengah padang.

3. Tapi, rasanya kalau jurulatih yang lain tengok prestasi Pak Bedol macam ni, rasanya dia dah kena humban keluar dan digantikan dengan pemain lain dah. Maksudnya, analogi Pak Bedol tu backfire kat diri dia sendiri. Hehe, bodohkan Pak Lah?

4. Begitu juga dengan pengumuman Pak Lah tentang pemotongan 10% gaji dan elaun menteri, serta elaun-elaun yang lain yang berupaya menjimatkan RM2Bilion setahun. RM2Bilion adalah bersamaan dengan RM 2 Ribu Juta. Tak habis-habis menipu orang si Bedol ni. Dahla teks tu disediakan orang lain, memang boleh lihat gaya dia yang membaca teks tanpa memahami isi dan kandungan teks. Pak Bedol membodohkan diri sendiri, diperbodohkan oleh budak Tingkat 4 dan akhirnya cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.

5. Itulah kerja budak-budak Tingkat 4 yang merasakan diri mereka pandai. Itulah jadinya bila kerja yang dibuat tak disertai dengan keikhlasan dan keimanan. Apa yang penting adalah menyelamatkan periuk nasi dan punggung sendiri.

6. Kita lihatlah lagi kemudian apa lagi permainan yang cuba disuap pada rakyat Malaysia untuk memperbodohkan kita.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home